Bayi melecur akibat salah ubat, meninggal dunia pagi tadi

Bayi melecur akibat salah ubat, meninggal dunia pagi tadi

ALOR SETAR 17 Mac - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang melecur selepas menggunakan ubat diberikan sebuah klinik swasta di sini pada 16 Februari lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) awal pagi tadi.
Bayi malang itu, Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HSB pada pukul 1.25 pagi.
Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di perkuburan Islam Masjid Pematang Buluh, Kota Sarang Semut dekat sini pada pukul 9 pagi tadi.
Pada 1 Mac lalu, akhbar ini melaporkan seorang bapa mendakwa sebuah klinik swasta cuai merawat penyakit ruam bayinya yang berusia lapan bulan sehingga menyebabkan kulit di seluruh tubuh anaknya melecur.
Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, mendakwa, dia membawa bayinya, Muhammad Nasrullah ke klinik berkenaan pada 16 Februari lalu untuk mendapatkan rawatan penyakit ruam yang dialami anaknya itu di bahagian paha dan perut. - UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment