info umk


 UMK PC

Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.

Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :
  1. Keusahawanan dan Perniagaan ;
  2. Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
  3. Agro-industri dan Sains Sumber Asli
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang.Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.



VISI
peneraju pembangunan modal insan bercirikan keusahawanan bagu kesejahteraan global.

MISI
UMK menyediakan :
1. Program akademik berkualiti dan relevan
2. Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial    tinggi
3. Perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab    sosial yang mampu meningkatkan daya saing dalam   keusahawanan


0 comments:

Post a Comment